KARYA DAN SUMBANGAN

Afrizal Malna merupakan seorang penulis yang lebih dipengaruhi dengan penghasilan puisi. Namun, beliau tidak hanya berfokus kepada penulisan puisi semata-mata, juga turut menghasilkan cerpen dan sajak. Berikut antara karya dan sumbangan Afrizal Malna dalam bidang kesusasteraan:

 Karya-karya

1.      Abad Yang Berlari (1984)

2.      Perdebatan Sastra kontekstual (1986)

3.      Tonggak Puisi Indonesia Modern 4 (1987)

4.      Yang Berdiam Dalam Mikropon (1990)

5.      Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir (1991)

6.      Dinamika Budaya dan Politik (1991)

7.      Arsitektur Hujan (1995)

8.      Biography of Reading (1995)
9.      Pistol Perdamaian (1996)
10.   Kalung Dari Teman (1998)

11.  Sesuatu Indonesia, Esei-esei dari pembaca yang tak bersih (2000)

12.  Dalam Rahim Ibuku Tak Ada Anjing (2003)

13.  Novel Yang Malas Menceritakan Manusia (2004)

14.  Lubang dari Separuh Langit (2005)


Karya yang terbit dalam antologi bersama:

1.      Perdebatan Sastra Kontekstual (Ariel Heryanto, 1986)

2.      Tonggak Puisi Indonesia Modern 4 (Linus Suryadi, 1987)
3.       Cerpen-cerpen Nusantara Mutakhir (Suratman Markasan, Kuala Lumpur, 1991)

4.      Dinamika Budaya dan Politik (Fauzie Ridjal, 1991)

5.      Ketika Warna Ketika Kata (Taufiq Ismail, et.all, 1995)

6.      Pistol Perdamaian, Cerpen Pilihan Kompas 1996

7.      Jurnal Cornell University (Indonesia, Ithaca, Oktober, 1996)

8.      Anjing-anjing Memburu Kuburan, Cerpen Pilihan Kompas 1997.



Buku Terjemahan

1.      Traum der Freiheit Indonesien 50 jahre nach der Unabhangigkeit (Hendra Pasuhuk & Edith Koesoemawiria, 1995)

2.      Frontiers of World Literature (Iwanami Shoten, Publishers, Tokyo, 1997) ke dalam bahasa Jepang

3.      Poets, Friends Around the World (Mitoh-Sha, Tokyo, 1997)

4.      Menagerie 3 (John H. McGlynn, 1997)

5.      Do Lado Dos Ollos Arredor da poesia, entrevistas con 79 Poetas do Mundo (Emiilio Arauxo, Edicions do cumio, 2001)



Pertunjukan Seni

1.      Hormat dan Sampah (1995)

2.      Kesibukan Mengamati Batu-Batu (1996)

3.      Telur Matahari (2003)

*************



Ringkasan beberapa buah buku:




Lubang dari Separuh Langit
Melalui novel ini, penulisnya menganggap dunia adalah di mana manusia memiliki kesempatan untuk masuk ke dalam ususnya dan meledakkan dengkurnya menjelang tidur. Melalui karya ini juga penulis menyatakan dunia yang terlibat adalah dalam berbagai bentuk pencarian diri sendiri dari tokoh-tokoh yang hidup dengan cara tersendiri dalam kelompok masyarakatnya. Seperti biasa, pengarang mengajak keinginan yang mampu menjerat pembaca ke dalam laluan hubungan yang rumit dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh manusia itu sendiri.



Dalam Rahim Ibuku Tak Ada Anjing
Dalam karya ini Afrizal Malna sememangnya tidak ketinggalan mengagungkan teknik penghasilan puisinya dengan memasukan unsur-unsur perlambangan sebagai wadah penyampaian idea. Pengarang cuba menjadikan objek anjing sebagai lambang ideologinya di mana menganggap anjing sebagai lambang yang memberi perdamaian, kebijaksanaan dan menjadikan anjing sebagai medium pergolakan dalam kehidupan manusia. Karya Dalam Rahim Ibuku Tak Ada Anjing ini secara keseluruhannya pengarang melambangkan ciri-ciri anjing seperti suara, perlakuan dan sifatnya sebagai medium penghasilan puisi yang disampaikan secara tersirat dan membiarkan pembaca menikmati karya ini dengan persepsi tersendiri.



Perjalanan Teater Kedua: Antologi Tubuh dan Kata
Melalui pemahaman mengenai buku ini dapat disimpulkan bahawa Afrizal Malna merupakan seorang pengamat kegiatan teater dan sastera komtemporari di Indonesia yang paling berbakat dan mempunyai identiti tersendiri. Dengan pengaruhnya sebagai seorang seniman dan ahli sosiologi yang peka, beliau mampu melihat dan mentafsir banyak perkara yang mudah dan tidak dipandang endah oleh masyarakat sebagai sesuatu perkara yang mampu diangkat secara kreatif.  Melalui buku ini juga, Afrizal Malna menyatakan bahawa teater tidak mampu berdiri sendiri dan dengan itu, peranan pelakon atau pemain teater yang sudah mempunyai pengalaman peribadi dan luar pentas, menjadikan sesebuah pementasan itu berlangsung dengan baik. Di samping itu,  Afrizal turut menyatakan bahawa gerak laku dan pergerakan tubuh yang bersandarkan kepada kehidupan sosial dan sulit, tidak mempu menyembunyikan pola-pola gerak badan yang sudah lama terdidik dan melalui pergerakan itu juga mampu menghidupkan sesebuah pementasan.


Buku ini bahkan boleh dianggap sebagai sebuah kamus atau ensiklopedia kerana ia banyak menghidangkan tentang maklumat yang berguna. Namun, maklumat yang dimaksudkan itu bukan hanya maklumat atau informasi biasa yang bersifat menjelaskan kenyataan teater komtemporari Indonesia sahaja, tetapi maklumat bagaimana dan apakah tema penyampaian yang memberi ruang kepada pembaca memandang dan memahami teater.



Seperti Sebuah Novel Yang Malas Mengisahkan Manusia
“Karya yang menolak bingkai”, itulah kesan yang memungkinkan pemahaman dari kumpulan cerpen Afrizal Malna ini. Jika kebanyakan cerita digabungkan melalui susunan peristiwa dan perjalanan cerita berstruktur yang lengkap seperti tema, latar, plot, watak dan sebagainya, namun, melalui kumpulan cerpen ini tidak mewakili usur-unsur tersebut. Hampir semua kumpulan tulisan dalam buku ini adalah hasil sebuah kerja metafora melalui transformasi, perleraian antara hubungan dengan latar serta perjalanan ceritanya yang melompat-lompat. Bagi seseorang penulis, kerja dalam bidang kesusasteraan adalah seperti ledakan dalam sebuah bangunan dan strukturnya dileraikan dan dibangunkan menjadi sesuatu yang baharu. Pembaharuan itu biasanya dihasilkan dalam pelbagai proses disiplin ilmu yang dapat menghasilkan pembaharuan dan tidak streotaip dalam menghasilkan karya kreatif. Buku ini mendokumentasikan sebuah signifikan penting dalam khazanah Kesusasteraan Indonesia.