Afrizal Malna lahir di Jakarta pada 7 Jun 1957 dan kini beliau menetap di Yogyakarta Pendidikan akhir beliau adalah di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara namun tidak lulus kerana dirinya tidak ingin mengikuti ujian. Beliau merupakan seorang sasterawan dan penyair Indonesia yang aktif menulis prosa, puisi, dan teks pertunjukan teater. Bagi yang belum mengenali nama Afrizal Malna, beliau adalah sastrawan dan penyair multitalenta yang selalu mengeksplorasi karya sasteranya sehingga ia tidak hanya dapat disampaikan dan dinikmati secara melulu melalui tulisan tetapi juga melalui gambar-gambar audio visual yang diciptanya dalam bentuk video art
Sumber dipetik: http://www.holidaycity.com/indonesiahotels/
Sumber dipetik: http://www.gudeghjwakidi.com/?pg=peta
Kebanyakan karya-karya Afrizal Malna dianggap istimewa kerana beliau sering menghasilkan puisi tanpa rima, tidak beraturan dan bebas. Beliau pernah memunculkan aliran 'Afrizalian' dalam penulis puisi di Indonesia. Afrizal sendiri mengakui bahawa puisi memang tidak hidup dalam dirinya sendiri, puisi hidup dalam diri pembaca yang terbuka terhadap ingatan atau berbagai pengalaman peribadi dan sosial. Lantaran itulah beliau pernah mengatakan bahawa sebagai seorang penyair tidak boleh hanya bersemboyan iaitu ‘sekali bererti habis setelah mati’ seperti yang telah dilakukan oleh Chairil Anwar. Oleh itu, dalam karya-karya Afrizal Malna yang berbau prosa dan naratif, tidak hanya berhenti pada satu pola sahaja. Setiap antologi yang diterbitkan selalunya tidak berkisar kepada perkara yang sama dan hadir dalam nafas yang baru dari sudut tema, perlambangan, sehinggalah kepada cara penyampaiannya. Perkara itulah yang membuatkan karya Afrizal tidak statik dan tersusun mengikut tema-tema tertentu yang biasa dilakukan oleh penyair-penyair yang lain.
**********************
Pengalaman
1. Sejak 1983 hingga 1993 banyak menulis teks pertunjukan Teater Sae.
2. Tahun 1995 membuat pertunjukan Seni Instalasi "Hormat dan Sampah" bersama Beri Berhard Batschelet dan Joseph Praba di Solo.
3. Tahun 1996 kolaborasi pertunjukan Seni Instalasi "Kesibukan Mengamati Batu-Batu", dengan berbagai seniman dari berbagai disiplin di TIM Jakarta
4. Ruwatan Bumi – Tolak Bala dalam jaringan seniman dan NGO "Aliansi Indonesia untuk Bumi dan Kehidupan Bersama", 1997;
5. Kolaborasi Kesaksian Rakyat "Kompor Mledug", 1997 bersama UPC, NGO dan beberapa seniman Jakarta.
6. Pernah mengunjungi beberapa kota di Swiss dan Hamburg, memberikan diskusi teater dan sastra di beberapa universiti dalam rangka pertunjukan Teater Sae (Mei-Jun 1993) yang mementaskan naskahnya.
7. Baca dan workshop puisi di Den Haag, 1995, dalam forum penyair Indonesia-Belanda.
8. Memberikan diskusi dan baca puisi di beberapa universiti di Köln, Bonn dan Hamburg, 1995.
9. Mengikuti Poetry International Rotterdam, 1996.
****************************
Lokasi-lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia
Kuil Prambanan
Sumber diipetik dari: http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=761340
Proses pembuatan batik
Sumber dipetik dari: http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=761340Sumber dipetik dari: http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=761340